Sunday 25 September 2011

suara anak muda malaysia kini....

  Sebenarnya ni lagu lama.....mungkin agak rasistapi inilah kenyataan ,tak dapat dinafikan rakyat malaysia menikmati kehidupan yang baik pada hari iniatas hasil kerajaan dan teguran pembangkang.walau apaun ada beberapa kanser yang harus dirawat....
   Pertama soal perkerjaan,memeng selama ini banyak badan badan pertubuhan dan politik yang anjurkan ekspo ekspo perkerjaan namun hakikatnya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.....adakah sedar bahawa ada majikan yang segaja menekan perkerja warganegara dari segi bebanan kerja,kenaikan gaji dan sebagainya hanya untuk mengaut keuntungan -perkauman dan sebagainya?dan warganegara hanya dianggap "secebis".
  Dari secara logiknya,memang benar ada antara anak malaysia yang memilih kerja tapi berapa ramai?sedangkan warga asing perlu bayar passport dan levi tapi berapa ramai?.akibat birokrasi,"rancangan tersusun",petugas awam yang pemalas, dan golongan makan suap,maka pendatang haram mengambil kesempatan dan bermaharajalela -Akibatnya maka adalah tuduhan yang mengatakan adanya perhambaan dan eksploitasi pekerja dimana yang nyatanya bahawa perkerja tempatan yang tertekan sama sekali!.
  Adalah lebih adil jika perlaksanaan dan penguatkuasaan undang undang diambil.Soal diplomatik dan kemanusiaan itu perlu disulami dengan hak  sebagai  warganegaraan dan kepentingan kedaulatan negara.Kerana ada pihak luar takut apabila anak malaysia bangkit -maka kemajuan akan pantas dan lebih bermutu dan lebih bermakna.Lihat pada semangat Mahathirisme,,ultars malaya di stadium, proton, pendakian everest bahkan pelayaran solo....semua terkejut bukan???.
   Soal belia memilih kerja apakah seratus peratus tepat akan kenyataan itu?.sedangkan faktor latar belakang pelajaran,kursus yang diambil,kos harian dan sebagainya yang memaksa sikap memilih kerja bahkan rakyat malaysia lebih rajin dan lebih kreatif dari "karyawan" luar...peluang pekerjaan yang ada didalam negara kita sebenarnya cukup dan layak diisi  anak muda kita- pembohonglah jika dikatakan bahawa "karyawan" luar tak memilih gaji...kalau ada pun mereka itu adalah hamba agensi perkerjaan atau orang yang tak cukup akal!.
    Jangan mudah berkata pelajaran itu penting sangat sedangkan apakah  apabila mereka mendapat sijil maka mereka akan terjamin masa depan untuk memilih kerjaya yang diidamkan atau mengikut apa yang diambil?.Soal  menjalani kehidupan adalah berat!.lihat sahaja di indonesia,saban tahun universiti mereka melahirkan garaduan yang menjangkaui ratusan ribu tapi bermakna kah?ada antara mereka akhirnya ke laur negar termasuk negara "maling" untuk mencari nafkah walaupun terpaksa menjadi "karyawan"  bangunan atau bibik .....atau tak cukup dengan itu mahukah satu hari nanti adanya rusuhan london di bumi malaysia tercinta?.

No comments:

Post a Comment