Monday 10 October 2011

Gerup Gerak Khas (edit 2011)

Merupakan pasukan elit pertama yang ditubuhkan dalam Negara malaysiadan terbesar sekali didalam ketumbukan pasukan elit di dalam Malaysia. Penubuhan pasukan  adalah sewaktu terjadinya konfrontasi  antara Malaysia-indonesia dimana tokoh yang membawa kepada penubuhan ini adalah Tun Abdul Razak yang merupakan menteri pertahanan Malaysia sewaktu itu ,Tun Abdul Razak  juga merupakan pegawai tentera sukarela Wataniah berpangkat kapten.Sewaktu zaman konfrontasi itu terdapat banyak pasukan khusus dari kalangan anggota komanwel yang berada dalam Malaysia bagi mengekang kemaraan tentera Indonesia,
    40th british royal marine commando  dibawah pimpinan  Mejar  Bacons bersama Kapten Seager merupakan individu yang menjadi  jurulatih yang  melatih kumpulan awal gerup gerak khas tentera Malaysia.Pada  awalnya 25 febuari 1965,seramai 300  anggota tentera laut dan darat dalam angkatan tentera Malaysia secara sukarela tampil untuk pemilihan awal rekrut,namun hanya 15 orang terpilih berdasarkan syarat  yang ketat yang digariskan.Selepas menjalani latihan asas hanya 13 daripada mereka benar benar layak dan membentuk nucleus terawal gerup gerakkhas(di gelar pasukan gerak khas 1965) anatar mereka yang layak adalah :-
1- let kol shamsul nizam b ismail
 2- mej abu Hassan b Abdullah
3-let ramli b ismail
4- let dua ghazali b Ibrahim
5-let dua hussin b awing senik
6-sjn ariffin mohammad
7-sjn anuar b talib
8-sjn zakaria b adas.
9-sjn yahya b darus
10-kop silva dorai
11-kpl moo kee fah
12-lkpl johari hj mohd siraj
13-lkpl sabri ahmad.
    operasi pertama semenjak ditubuhkan pada September 1965 adalah pulau sibayu sabah dimana bertujuan mengekang komando Indonesia dan diikuti operasi operasi di sempadan Kalimantan –sabah dan Sarawak pada bulan bulan berikutnya.Antara kejayaan yang di dedahkan adalah pada tahun 1966 dimana sekumpulan komando tni yang berada di  bukit kawah tawau  pimpinan  leftenan  Leous Legos telah Berjaya dihapuskan oleh 4 anggota kecil GGK.
   Semenjak tamat konfrontasi,pasukan ini dibesarkan dari jumlah anggota sehingga hari ini.Dan bermula dari zaman pemerintahan allahyarham Suharto Indonesia, anggota GGK  telah   menjalani  lursus lanjutan di bandung Indonesia yang menempatkan Resimen Para Komando Angkatan Darat TNI atau kini digelar Komando Pasukan Khusus Koppasus,.
   Dari hari kehari berdasarkan pengalaman,pasukan ini Berjaya memiliki  jumlah  angkatan khas yang cukup membanggakan dimana pada hari ini GGK memiliki satu markas ggk,satu rejimen gerakkhas(asalnya 2),dua unit rejimen komando,dua unit bantuan tempur,satu unit bantuan perkhimatan dan satu markas Garison.
  Apa yang di ketahui Gerup gerak  khas berpegang kepada prinsip kerahsian yang tinggi, namun begitu berikut adalah tugas   umum:_
   a)gerup gerakkhas-melaksanakan tugas khas dengan cara melalui udara laut dan darat dengan skala kecil bersendirian atau bersama pasukan lain didalam kawasan musuh.
  b)rejimen gerakkhas- maengadakan elemen khas dalam mengumpul dan mencari bahan risikan dimana ia adalah bersikap perisikan.
  c)rejimen komando- melaksanakan operasi sulit yang dirancang oleh ggk berdasarkan maklumat risikan rgk.
 
   Rejimen gerakkhas asalnya dua unit iaiatu 11 rgk dan 12 rgk,namun kini hanya tinggal 11  rgk, didalam unit ini terdapat satu sel digelar nit Lawan Keganasan ULK.pada awal ulk ini sel ini langsung tak diketahui kewujudannya oleh  sesiapapun termasuk warga  11 rgk kecuali sebahagian anggota yang terlibat dalam projek Nelson Glory dimana pelatihnya dari kalangan  skuardon tango.sieera,uniform dan victor yang dilatih khas oleh 22  UK SAS.Sel ini bersifat  “urban warfare”.
    Dalam pengambilan anggota gerup gerakkhas,pelatih  yang datangnya dari anggota tetap angkatan tentera samaada dari kor askar melayu, renjer, kalveleri  atau armour akan menjalani latihan asas di Pusat latihan khas (PULPAK) dimana   para jurulatihnya adalah anggota pakar dikalangan GGK-.RGK.-Rejimen Komando dimana  latihan yang amat menguji mental fizikal dan stamina dimana dianggap luar biasa,keras dan “tak tercapai akal “  bagi melahirkan anggota yang benar benar terbaik.Modul yang diamalkan oleh PULPAK adalah modul yang diubahsuai dari Kursus Dasar Komando  koppasus dan sebagainya.setelah tamat kursus  asas, anggota anggota ini  akan dihantar menjalani kursus lanjutan didalam dan luar Negara mengikut skuardon yang di tugaskan,dan kepakaran kepakaran yang  dianggap sensitive,

No comments:

Post a Comment