Sunday 23 October 2011

sindiket mykad palsu di Ampang 2011?

 Menurut penulisan penulisan blogger dan laman laman web pihak tertentu  yang menyentuh kemungkinan adanya sindiket buat mykad tulin"secara haram" atau mykad palsu di ampang  ada benarnya....masalah siapa dan dari mana info itu didapat?jika adanya laporan....sudah tentu pdrm tahu dan apakah penulis blog itu pelapornya?...
   benarkah ianya terjadi?
    Bagi saya ya mungkin 80% benar...kenapa?sila kaitkan apa yang berlaku sekarang.
 a)pertama sebanyak 2.9 juta pengundi belum berdaftar sebagai pemilih.
 b)tarikh pru 13 belum diumumkan.
 c)I.S.A dimansuhkan  namun akta penganti belum di kuatkuasakan.
  d)dan perlu tahu segala pengurusan pemohonan kewarganegaraan warga asing di sabah dibekukan tapi di kawasan sarawak dan semenanjung tidak!jadi disini tak hairanlah kalau sindiket ini menyasarkan warga filifina atau indonesia yang pernah  bermastautin di sabah yang kini ada di kawasan semenanjung untuk memanupulasikan keadaan(ini kerana bagi mereka sewgala permohonan kewarganegaraan di luar awasan sabah akan dibuat tanpa di teliti malklumat latar belakang permohon-dan mungkin adanya penukaran identiti dikalangan pemohon tersebut).
   Adalah wajar jika pihak politik dan Majlis Keselamatan Negara membekukan segala permohonan kwarganegaraan oleh warga negara filifina dan indonesia di seluruh negara kerana kesannya amat buruk  seperti yang sedang dihadapi di sabah kini ekoran kes " ic zero zero" atau ic palsu kerana ramai tahu latar belakang kes kes tersebut yang disulami korupsi oleh pihak pihak tertentu.apa yang saya nak atakan bahawa ianya satu perbuatan yang amayt salah disisi undang undang dan menghina rakyat malaysia serta kedaulatan undang ndang negara ini,dalam soal ini sikap toleransi,belas kasihan dan seagama mau pun se etnik tak perlu dijadikan halangan untuk  dijadikan alasan.
  Biarkanlah warganegara sebenar dan peribumi menentukan siapa pemerintah negara tanpa perlu bantuan pendatang,apakah   komposisi melayu malaysia tak cukup?...diharapkan cadangan ini di kuatkuasakan oleh MKN serta merta.-salam-

Friday 21 October 2011

Jangan beli PARS AV8



  Buat apa nak beli kereta perisai lagi?pakai saja condor dan sibmas….jangan nak membazir…kan duit yang korang nak guna tu bagus buat bayar elaun menteri menteri……hahahhahahha
 dengan membaca ayat diatas pasti ada yang mendidih darahnya….itulah namnya manusia….bila dah namanya pembangkang maka ada sahaja yang nak dipertikaikan….orang politik katakan… kadang kala rasa lucu pulak bila baca hujah mereka  dan mengkayukan para pengikutnya…..
antara kereta kebal dan kereta perisai tak dapat bezakan….M1A2 tu kan kereta kebal….bukan kereta perisai! Main hentam  tibia tulis jer…… nak jadi pakar pertahanan tapi kereta kancil dan kereta Honda tak dapat bezakan……hahhahahha…
  Dengan yakin berkata  dengan RM8billion tu boleh dapat lebih banyak kereta perisai kerana ada yang lebih murah dan canggih !pergh sesuatu yang menarik ni…..tapi tak pulak diterangkan  kereta perisai mana yang murah dan canggih tu?.berapa harganya?dari mana maklumat didapati dan siapa sumbernya?....mana ketelusan yang di laung laungkan tu?.pergh mengalahkan perisik lah puak puak tony pua ni kan?amerika pun surrender wooooooo……..cuba tunjuk fakta mana Negara yang berkata tepat akan harga dan jumlah asset yang nak diperolehi?amerika yang telus tu pun tak nak telus sangat….. apa semua kereta perisai sama teknologinya?sama saiznya?cuba Tanya encik tony pua apa bezanya superhornet Australia dan superhornet Malaysia……
  agak agak lah pihak penjual bodoh mana lah yang nak jual barang murah harganya tapi kena tanggung risiko selepas tu?cuba Tanya penjual handpone tiruan di kompleks kotaraya tu….kenapa harga handphone nokia made in china berbeza harganya dari hanpone nokia  original ha??....kalau ada pun warranty yang di bagi itu pun ala kadar ….
 dalam isu PARS ni,kalau nak faham mari aku bagi faham dengan mudah……
 a)kenapa harga rokok pallmall 20 batang  lebih murah dari rokok dunhill 20 batang? Bukan kah ianya rokok dan jumlahnya sama?kenapa harganya berbeza dimana pallmall berharga sekitar 8 ringgit manakala dunhill 10 ringgit?.
 b)kenapa pelacur gred A lebih mahal dari pelacur kelas bawahan?kenapa bila pelacur beri khidmat dia di kawasan dia lebih murah daripada dia bagi khidmat di out station?
c)apa beza dia pelacur dan bohsia?.
d)kenapa hanphone nokia made in china jauh murah dari hanpone nokia original?kan ianya nokia?handpone?.....
 e)kenapa harga 100gram  kopi segera jenama Nescafe lebih mahal dari 100gram kopi cap tupai ?kan namanya kopi?.,
f)apa bezanya doctor pakar puan dan doctor pakar surgery?.kan mereka doctor?......

 akhir kalam ni aku nak pesan lah…..ahli politik tak  perlu nak memandai mandai berlagak sebagai pakar pertahannan….jangan nak jadi badut sarkas….

Monday 10 October 2011

Gerup Gerak Khas (edit 2011)

Merupakan pasukan elit pertama yang ditubuhkan dalam Negara malaysiadan terbesar sekali didalam ketumbukan pasukan elit di dalam Malaysia. Penubuhan pasukan  adalah sewaktu terjadinya konfrontasi  antara Malaysia-indonesia dimana tokoh yang membawa kepada penubuhan ini adalah Tun Abdul Razak yang merupakan menteri pertahanan Malaysia sewaktu itu ,Tun Abdul Razak  juga merupakan pegawai tentera sukarela Wataniah berpangkat kapten.Sewaktu zaman konfrontasi itu terdapat banyak pasukan khusus dari kalangan anggota komanwel yang berada dalam Malaysia bagi mengekang kemaraan tentera Indonesia,
    40th british royal marine commando  dibawah pimpinan  Mejar  Bacons bersama Kapten Seager merupakan individu yang menjadi  jurulatih yang  melatih kumpulan awal gerup gerak khas tentera Malaysia.Pada  awalnya 25 febuari 1965,seramai 300  anggota tentera laut dan darat dalam angkatan tentera Malaysia secara sukarela tampil untuk pemilihan awal rekrut,namun hanya 15 orang terpilih berdasarkan syarat  yang ketat yang digariskan.Selepas menjalani latihan asas hanya 13 daripada mereka benar benar layak dan membentuk nucleus terawal gerup gerakkhas(di gelar pasukan gerak khas 1965) anatar mereka yang layak adalah :-
1- let kol shamsul nizam b ismail
 2- mej abu Hassan b Abdullah
3-let ramli b ismail
4- let dua ghazali b Ibrahim
5-let dua hussin b awing senik
6-sjn ariffin mohammad
7-sjn anuar b talib
8-sjn zakaria b adas.
9-sjn yahya b darus
10-kop silva dorai
11-kpl moo kee fah
12-lkpl johari hj mohd siraj
13-lkpl sabri ahmad.
    operasi pertama semenjak ditubuhkan pada September 1965 adalah pulau sibayu sabah dimana bertujuan mengekang komando Indonesia dan diikuti operasi operasi di sempadan Kalimantan –sabah dan Sarawak pada bulan bulan berikutnya.Antara kejayaan yang di dedahkan adalah pada tahun 1966 dimana sekumpulan komando tni yang berada di  bukit kawah tawau  pimpinan  leftenan  Leous Legos telah Berjaya dihapuskan oleh 4 anggota kecil GGK.
   Semenjak tamat konfrontasi,pasukan ini dibesarkan dari jumlah anggota sehingga hari ini.Dan bermula dari zaman pemerintahan allahyarham Suharto Indonesia, anggota GGK  telah   menjalani  lursus lanjutan di bandung Indonesia yang menempatkan Resimen Para Komando Angkatan Darat TNI atau kini digelar Komando Pasukan Khusus Koppasus,.
   Dari hari kehari berdasarkan pengalaman,pasukan ini Berjaya memiliki  jumlah  angkatan khas yang cukup membanggakan dimana pada hari ini GGK memiliki satu markas ggk,satu rejimen gerakkhas(asalnya 2),dua unit rejimen komando,dua unit bantuan tempur,satu unit bantuan perkhimatan dan satu markas Garison.
  Apa yang di ketahui Gerup gerak  khas berpegang kepada prinsip kerahsian yang tinggi, namun begitu berikut adalah tugas   umum:_
   a)gerup gerakkhas-melaksanakan tugas khas dengan cara melalui udara laut dan darat dengan skala kecil bersendirian atau bersama pasukan lain didalam kawasan musuh.
  b)rejimen gerakkhas- maengadakan elemen khas dalam mengumpul dan mencari bahan risikan dimana ia adalah bersikap perisikan.
  c)rejimen komando- melaksanakan operasi sulit yang dirancang oleh ggk berdasarkan maklumat risikan rgk.
 
   Rejimen gerakkhas asalnya dua unit iaiatu 11 rgk dan 12 rgk,namun kini hanya tinggal 11  rgk, didalam unit ini terdapat satu sel digelar nit Lawan Keganasan ULK.pada awal ulk ini sel ini langsung tak diketahui kewujudannya oleh  sesiapapun termasuk warga  11 rgk kecuali sebahagian anggota yang terlibat dalam projek Nelson Glory dimana pelatihnya dari kalangan  skuardon tango.sieera,uniform dan victor yang dilatih khas oleh 22  UK SAS.Sel ini bersifat  “urban warfare”.
    Dalam pengambilan anggota gerup gerakkhas,pelatih  yang datangnya dari anggota tetap angkatan tentera samaada dari kor askar melayu, renjer, kalveleri  atau armour akan menjalani latihan asas di Pusat latihan khas (PULPAK) dimana   para jurulatihnya adalah anggota pakar dikalangan GGK-.RGK.-Rejimen Komando dimana  latihan yang amat menguji mental fizikal dan stamina dimana dianggap luar biasa,keras dan “tak tercapai akal “  bagi melahirkan anggota yang benar benar terbaik.Modul yang diamalkan oleh PULPAK adalah modul yang diubahsuai dari Kursus Dasar Komando  koppasus dan sebagainya.setelah tamat kursus  asas, anggota anggota ini  akan dihantar menjalani kursus lanjutan didalam dan luar Negara mengikut skuardon yang di tugaskan,dan kepakaran kepakaran yang  dianggap sensitive,

Indonesia-Sultan ku bukan Sultan mu

         Dalam miggu yang lalu aku menerima satu email berbaur hanyir”provokasi” dari seberang yang berbunyi “jika umat islam malaysia itu islam kenapa raja di sembah sembah”…..-satu soalan yang menarik dan mengingatkan aku pada suatu ketika………..
     waktu itu aku berada dan menetap di kg sentosa  pekan hilltop jalan utara tawau  sabah(aku orang melayu dari semenanjung)….masa tu aku ingat lagi aku waktu muda suka minum air tuak kelapa dan di tawau banyak port untuk beli air tu,yang terdekat  sekali adalah di kampong jawa lanut tawau,pada malam tu aku  berselisihan faham dengan sekumpulan pendatang haram yang menetap di kg jawa lanut kerana  naik darah aku bila mereka mengutuk dan hina kesultanan di Malaysia,jadi aku pun menegur tindakan mereka,
   Pada masa itu ada seorang pemuda tempatan menarik aku dan mengatakan” bang,hati hati kau…mereka tu orang dato @&^)!....dato tu adalah darah sultan bolongan iaiatu dari Indonesia,dikawasan ini dia kuat pengaruh…..banyak sudah kes mereka gasak(pukul) orang” itulah kata kata nya pada aku….. dan sejurus itu datanglah kumpulan pendatang haram itu lebih kurang 7 atau lapan orang yang  membawa parang panjang dan salah seorang dari mereka berkata “ wei orang semenanjung,mau mati ka kau ini?.apa ada dengan sultan kau itu?” lalu   aku membalas…”apa masalah kamu dengan sultan kami?ada kami suruh kamu sembah sultan kami?kamu anggap dato ^&%#@ sebagai  sultan  kamu?tapi apa hak dia?dan wajarkah aku hormati dia?dan sekarang  dia ada dimana? Indonesia kah atau Malaysia?.kamu tak malu kah di  Negara yang kamu hina sultannya itu adalah tempat kamu berlindung dan cari makan?.Apakah kerana kamu lama disini, ramai dan bawa parang itu menakutkan saya? Tidak saudara….ini Negara saya tanah tumpah darah saya…seinci pun saya tak akan undur dan tak ada  sekelumit rasa takut dihati saya terhadap kamu ini”….lalu seorang remaja belasan tahun  (melalui dialek dan susuk badan serta raut mukanya saya percaya berbangsa kadazan atau murut) dia meletakkan pisau didalam poket belakang aku….dan terus berdiri di sebelah ku dan berkata” kamu ni sudahlah menumpang,naik kepala bah kamu ini?....berambus kamu atau aku buat mangkuk merah malam  ini…..sedar diri bah siapa kamu itu…..mau kah saya panggil polis?kalau kamu ni berani sangat kenapa lari masa checking??bag tau ya sama sultan bolongan kamu tu,dulu  pernah dihumban dalam sungai dan lari ke Malaysia….sekarang mau di humban dalam lokap kah?. Keadaan semakin panas…tiba tiba ada dua pemuda dari semenanjung yang dari tadi memendang kearah kami berdiri dan membawa  jug berisi tuak…” hei orang   Indonesia kau ambik ni”  sambil simbah air  tuak kea rah kumpulan terbabit..”baik kamu balik  sebelum sorang sorang kamu tumbang disini,,,,,kurang ajar tak ada adat punya pendatang,,,,dato apa  ?? mahu di hormat tapi kurang ajar pada warganegara dan peribumi ditawau ni …..bla bla bla,,,,,” mungkin melihat semakin ramai di pihak aku lalu kumpulan pendatang itu beredar menuju kearah sebuah kawasan  perkampungan kecil yang menempatkan rumah rumah haram untuk pendatang haram dan dikatakan di  situlah “istana sultan bolongan”…..
     Berbalik kepada email tadi….persoalannya apakah orang Indonesia bahawa apa maksdnya sembahan terhadap sultan Malaysia oleh rakyat Malaysia?.apakah ultan Malaysia hari ini disembah seperti zaman parameswara Melaka? atau seperti firaun mesir?atau paling mudah seperti kesultanan di jawa itu  iaitu si hamengkubowono (keraton surakata?keraton  jawa yang ada di Jogjakarta tu?) kalau mereka ini memang disembah sebagai tuhan, dewa atau jelmaan tuhan tapi bagi Malaysia sultan Malaysia disembah hormat sebagai ketua Negara,ketua agama islam di Malaysia, ketua angkatan tentera Malaysia dan khalifah yang memimpin rakyat Malaysia.Sultan sultan di Malaysia ini sama sahaja bagaimana pandangan rakyat british,Canada, Australia ,new Zealand terhadap Queen Elizebeth,atau rakyat  Arab Saudi terhadap  raja Abdullah,.ternyata masih ramai orang Indonesia yang tak faham tentang kesultanan Malaysia tapi cuba memandai mandai atau terpu dengan dakyah Revolusi Indonesia yang didalangi jawa,.
    Aku pun pelik ramai orang bugis asal  Sulawesi Indonesia yang ada di sabah itu mengatakan Raja  Mahkota Johor adalah raja mereka?sedangkan keturunan sultan sultan di Malaysia  berdarah bugis telah menapak dimalaysia ini semenjak berdekad lamanya sebelum sultan bone bugis di Sulawesi dibunuh oleh para revolosioner 1945,bahkan sultan aceh,sultan sambas melayu Kalimantan dan termasuk sultan bolongan itu ada yang dibunuh,dibuang ke laut,melarikan diri kerana diburu…dan yang menghairankan kerat on jawa tetap di pelihara dan besemanyam di istana jogja(disembah sebagai dewa dewa,,,,dan jika tak disembah akan dibunuh  oleh tentera kerana bersikap anti NKRI).Mungkin sedar prcaturan jawa silap dari awal barulah kini sibuk nak iktiraf kesultanan2 etnik di wilayah Indonesia,,,,termasuklah raja bolongan  bersemanyam di istana kampong jawa lanut tawau,sabah.
    uh rasanya orang orang begini harus  mulai kumpul duit dan datanglah melawat ke Malaysia dan lihat istana sultan sultan di Malaysia……

Sunday 9 October 2011

sajak -Antara watanniyyah dan Qawmiyyah

   Hari ini leburlah persaudaraan,
    akibat buta dalam perjuangan,
    dihembus angin sang barat-sang timur-sang garuda,
    Ramai hari ucapkan 'saya anak malaysia',
    entah dimana pasak mereka,
    gugurlah kelopak watanniyatu I Hanin,
     gugurlah kelopak watanniyatu I hurriyyah wa I izzah,
    gugurlah kelopak wataniyyatu I mujtama,
     gugurlah kelopak wataniyyatu I Fath.....
      Hanya kerana sang nasionalisme....

     Hari ini,
      ramailah saudaraku berteriak nasionalisme,
    yang bersongkok baju melayu-yang berserban-yang berbaju ala kebaratan..
     Yang pasti nasionalisma yang membutatuli bersifat membunuh,
      nasionalisme konservatif-nasionalisme radikal sama saja..
     Adapun nasionalisme itu bertujuan politik ke putrajaya dan sudahpun di putrajaya,
     banyaklah nasionalisme itu dihari ini....
      Berkiblatkan barat-timur dan garuda...
       Dimanakah sebenarnya wira nasionalisma?ataupun patriot.....

    (nukilan penulis)

 

biodata anggota Al maunah

1. Mohamad Amin bin Mohamed Razali (Allahyarham)
• Berusia 29 tahun.
• Merupakan Presiden kumpulan Al-Maunah dan menggelar diri sebagai Khalifah
Mujahiddin Malaysia.
• Pernah menganggotai pasukan tentera dan pernah bertugas di Kem 304 (salah satu kem
yang dirompak). Beliau juga yang mengetuai operasi mencuri senjata di kedua-dua
kem tersebut.
• Mengarahkan seorang Lans Korporal di Kem Desa Pahlawan, Kota Baru yang ketika
itu masih menjadi ahli Al-Maunah untuk membeli 28 pasang uniform tentera dengan
telah memberikan RM2,900 kepadanya. Pakaian tersebut juga yang digunakan semasa
merompak kem dan berkubu di Bukit Jenalik.
• Mengarahankan tiga buah Pajero dicat di sebuah rumah sewa di Kati dengan warna
seperti kenderaan tentera dan dipakaikan plet 'Z' yang palsu yang bagi digunakan
untuk rompakan senjatapi tersebut.
• Membeli Parang Kembar yang didakwa mempunyai kuasa ajaib dari Pasar Seni
dengan harga RM32,190.00. Parang tersebut juga telah diletakkan di hadapan kubu
mereka atas kepercayaan dapat mengelakkan serangan pihak berkuasa.
• Membunh Prebet Trooper Matthew dan Det. Korporal Saghadevan juga mendera dua
lagi tahanan iaitu Sarjan Shah dan Jaafar Puteh. Sebelum itu mendera dan menembak
Trooper dikaki.
• Membuat tuntutan supaya kerajaan pada masa itu diganti.
• Mengarahkan tiga (3) orang ahlinya mengebom kilang Carlsberg, Guiness dan Kuil
Hindu.
• Menembak Menara Tenaga Nasional Berhad di Lata Kekabu, Lenggong, Perak dengan
menggunakan senjata M-16.
2. Zahit Bin Muslim (Allahyarham)
• Berusia 41 tahun.
• Orang kanan kepada Mohd. Amin
• Bekas komando di Pasukan Polis Unit Vat 69.
• Berpengalaman dalam penggunaan senjatapi ketika insurgensi.
• Mengajar ahli lain menggunakan senjatapi yang telah dicuri.
• Ada bersama Mohd Amin ketika beliau menembak Menara TNB.
3. Jamaluddin Bin Darus (Allahyarham)
• Berusia 39 tahun.
• Dianggap sebagai pembelot kerana masih lagi berkhidmat sebagai Pegawai di
Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Mejar.(anggota TUDM butterwoth)
• Merupakan Ketua Al-Maunah di zon utara (Khalifah Utara).
4. Jemari bin Jusoh (Allahyarham)
• Berusia 41 tahun.
• Bekerja sebagai seorang mekanik.
• Menangkap Trooper Matthews dan membawanya kepada Mohd Amin.
• Menembak mati Trooper Matthews atas arahan Mohd. Amin
5. Abdul Ghani Bin Ali@ Ahmad
• Berusia 34 tahun.
• Merupakan seorang Jurutera Mekanikal
• Bertugas sebagai Pensyarah di "Machine Building and Technology" di Malaysian
French Institue di Bandar Baru Bangi.
• Menyertai kumpulan yang merompak senjata di kem bersama Mohd Amin
• Abang kepada Abdul Halim Ali yang ditembak mati oleh pihak berkuasa.
6.
Che Sabri bin Che Jaafar
• Berusia 30 tahun.

7.
• Bekerja sebagai Ejen Insurans Takaful Nasional Berhad.Mohd Ramly bin Mohamood
• Berusia 46 tahun.
• Bekerja sebagai pemandu di Felcra.
8. Yunus bin Hussin
• Berusia 51 tahun.
• Bekerja sebagai Juruteknik di Tenaga Nasional Berhad.
• Mohd Ramly dan Yunus bertugas sebagai tukang masak di dalam kumpulan tersebut.
9. Suhaimi Bin Hasbullah
• Berusia 41 tahun
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Bertanggungjawab menguruskan kawasan perkhemahan.
10. Mohd Zaini Bin Mohd Zainal
• Berusia 25 tahun
• Bekerja sebagai Pembantu gerai makan.
11. Kamaruddin Mustafar
• Berusia 50 tahun.
• Bekerja sebagai Inspektor di Petronas.
• Memandu salah sebuah Pajero semasa pergi ke Kem Tentera tersebut untuk tujuan
rompakan dan memandu ke Bukit Jenalik.
12. Mohd Faadzi Bin Hamdan
• Berusia 39 tahun.
• Bekerja sebagai Penjaga Stor.

13. Abu Bakar Bin Ismail
• Berusia 28 tahun
• Tercedera ketika peristiwa berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada 5hb Julai
2000.
14. Ibrahim Bin Dris
• Berusia 44 tahun.
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera selama duapuluh (20) tahun dan bersara
sebagai Sarjan Mejar.
• Telah biasa menggunakan senjatapi M-16 dan mengajar anggota-anggota lain cara-cara
menggunakannya.
• Turut membantu memuatkan senjatapi yang dirompak ke dalam Pajero.
15. Mohd Amin Bin Osman
• Berusia 41 tahun.
• Bekerja sebagai Guru dan di sebuah syarikat komputer.
• Memegang Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia
• Bertugas membawa makanan ke tempat perkhemahan, menyediakan kawasan
perkhemahan dan menyediakan makanan.
16. Idris Bin Anas
• Berusia 42 tahun.
• Bekerja Sebagai Jurutekni di Telekom Malaysia.
• Menyertai kumpulan yang merompak senjata di kem bersama Mohd Amin
17. Ahmad Sarkawi Bin Sulong
• Berusia 29 tahun.
• Bertugas mengawasi kehadiran orang luar ke dalam kem mereka dan didalam
melaksanakan tugasnya, dia telah membawa Saghadevan kepada Mohd Amin.
 18. Zainal Bin Mohd Jailani
• Berusia 34 tahun.
• Bekerja sebagai Pekebun.
19. Nasruddin Bin Mohd Jailani
• Berusia 36 tahun.
• Bekerja sebagai Buruh.
• Abang kepada Zainal Bin Mohd Jailani.
20. Mohd Bukhari Bin Ismail
• Berusia 23 tahun.
• Graduan Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Egypt.
• Bekerja sebagai kerani di pertubuhan tersebut. Bertugas menjaga akaun dan mengutip
yuran keahlian.
21. Shahidi Ali
• Bekerja sebagai Peniaga.
• Berusia 30 tahun.
• Bertanggungjawab ke atas beberapa letupan di Lembah Kelang seperti Kilang
Carlsberg, Kilang Guiness di Shah Alam dan Kuil Hindu di batu Caves.
• Ditahan di Terengganu
22. Khairul Annual Mohd Ariffin
• Berusia 24 tahun.
• Bekerja sebagai Penganalisis Komputer.
• Bersama-sama Shahidi Ali melakukan letupan-letupan di Lembah Kelang.
• Ditahan di Kelang.
23. Riduan Ibrahim
• Berusia 26 tahun.

• Bekerja sebagai Juruteknik di syarikat telekomunikasi Digi.
24. Azlan Abdul Ghani
• Berusia 24 tahun.
• Bekerja sebagai Juruteknik di NEC.
25. Megat Mohd Hanafi Illias
• Berusia 25 tahun.
• Tercedera terkena tembakan dari Amin
26. Muhammad Nukshah Bandi Che Mansor
• Berusia 26 tahun.
• Menjalankan perniagaan menjual kereta terpakai.
27. Mohd Rosdi Yaacub
• Berusia 42 tahun.
• Bekerja sebagai Posmen.
28. Aziz Kamaruzailan
• Berusia 32 tahun.
• Bekerja sebagai Penganalisis di Pernec.
29. Jasmin Jaafar
• Berusia 29 tahun.
• Bekerja sebagai Eksekutif di syarikat Proton.
30. Abdul Halim Ali (Allahyarham)
• Ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan pihak berkuasa pada 4hb Julai 2000.
 KRONOLOGIPERISTIWA
2hb Julai, 2000
• Kejadian rompakan senjatapi telah berlaku di Pos 2, Kuala Rui, Lebuhraya Timur
Barat, Grik, Perak dan di Kem Batalion 304, Infantri (AW), Kem Gerik, Hulu Perak.
• Sekumpulan lelaki berpakaian celoreng Angkatan Tentera Malaysia lengkap dengan
kenderaan berplet tentera dan menyamar sebagai Pegawai Tinggi Tentera telah
menceroboh masuk ke dalam kem dan melarikan sejumlah senjatapi, peluru dan
peralatan tentera.
• Tiga (3) ahli Al-Maunah berlepas ke Lembah Kelang dengan membawa senjata seerti
Granit Launcher, Ml6, enam (6) peluru granit dan hampir empat puluh (40) peluru
M16 untuk menimbulkan huru-hara.
3hb Julai, 2000
• Pihak berkuasa masih belum lagi dapat mengenalpasi identiti perompak senjatapi.
• Sekatan jalanraya diadakan terutama di laluan ke Pengkalan Hulu di sempadan
Malaysia-Thailand serta pintu keluar utama negara bagi mengelakkan kemungkinan
senjatapi diseludup ke negara jiran.
• Koperal Mohd Shah dan Koperal Segadhevan dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis
Daerah Kuala Kangsar yang diarah membuat tinjauan telah diculik dan dijadikan
tebusan.
• Ahli Al-Maunah melepaskan tembakan dari Launcher M203 ke kilang Carlsberg yang
menyebabkan terputusnya bekalan elektrik di kilang.
• Melepaskan tembakan ke kilang Anchor & Guiness namun tiada letupan berlaku.
• Melepaskan tembakan menggunakan Launcher M203 di kuil Hindu Batu Caves tetapi
hanya berjaya mengakibatkan letupan yang kecil sahaja.
4hb Julai, 2000

mendapat maklumat daripada penduduk kampung tentang kehadiran kumpulan tentera
dan latihan senjatapi di kawasan tersebut.
• Trooper Matthews anggota Komando Gerak Khas telah ditangkap dan dijadikan
tebusan dan kemudiannya dibunuh dengan kejam pada hari yang sama.
• Pasukan keselamatan mula mengepung dusun durian di Bukit Jenalik, Sauk selepas
5hb Julai, 2000
Pihak berkuasa telah menjumpai enam (6) kenderaan di Pekan Kati yang digunakan untuk
merompak senjatapi tersebut. Terdapat juga risalah yang memberi petunjuk identiti mereka.
• Berikutan itu identiti penjenayah telah dikenalpasti dan Ketua Polis Negara pada masa
itu telah mengesahkan bahawa kumpulan itu adalah pengikut ajaran sesat yang
mengamalkan ilmu batin dan dikenali sebagai Al-Maunah.
• Seorang penjenayah telah mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan ketika kejadian
tembak menembak dan seorang lagi tercedera di kaki ketika kejadian tembak
menembak tersebut.
6hb Julai, 2000
• Beberapa ahli keluarga telah dibawa ke lokasi bertujuan untuk memujuk ahli Al-
Maunah agar menyerah diri termasuklah ibu dan isteri Amin dan isteri Jasmin.
• Penjenayah mula menyerah diri secara berperingkat-peringkat.
1. Yunus b. Hussin
2. Mohd Ramly bin Mohamood
3. Aziz Kamaruzailan
4. Ibrahim Dris (ditugaskan menghantar utusan kepas pihak berkuasa tetapi
mengambi! kesempatan untuk menyerah diri).
5. Mohd Amin Osman
6. Abu Bakar Ali
7. Jemari Jusoh
8. Sharkawi Sulong
9. Zainal Mohd Jailani
10. Jasmin Jaafar
11. Mohd Roshidi Yaacub
• Amin meminta untuk berbincang dengan Panglima Medan Tentera Darat.
• Lt. Jen(B) Dato' Seri Panglima Zaini b. Mohd Said telah naik ke Bukit Jenalik bersama
SAC II Hadi dan lebihkurang limapuluh (50) komando dengan menaiki tiga (3) kenderaan
perisai.
• Seramai lima belas (15) orang lagi ahli kumpulan menyerah diri.
• Ketua kumpulan iaitu Mohd Amin Razali yang paling akhir menyerah diri setelah
ditumpaskan oleh Lt. Jen(B) Dato' Seri Panglima Zaini b. Mohd Said

ops claret-Benarkah adanya operasi sulit di sebalik kofrontasi Malaysia?

sumber:internet     
sumber:internet,:majalah ketenteraan dan siasatan anggota kumpulan.
  
                             Dalam  artikel ini saya hendak  nengajak para pembaca membuka minda akan                                    soal sejarah yang                          dilipat dan telahpun menjadi buah mulut antara dua Negara dan dua pihak terlibat iaiatu Indonesia,Malaysia dan pakatan Negara komanwel.Jika sekali imbas dalam catatan wikipedia versi bahasa melayu, Indonesia dan  inggeris mencatatkan angka korban di pihak Indonesia dalam konfrontasi adalah sekitar dua ribu anggota pasukan khusus Indonesia iaiatu KOPPAsUS iaiatu pada masa itu dikenali sebagai resimen para komando angkatan darat.
                     Adalah menjadi misteri apakah jumlah itu termasuk dengan angka korban lintas batas yang dilakukan oleh pihak komanwel keatas Kalimantan Indonesia  yang mengunakan    kod CLARET? .Sedangkan didalam  kajian melalui catatan angkatan tentera Malaysia mengatakan jumlah korban yang berjaya dalam opersi dikawasan Malaysia yang melibatkan rejimen2 askar melayu diraja sewaktu konfrontasi adalah sekitar 2 ribu TNI berjaya dibunuh,bagaimana dengan rejimen pertama dan kedua renjer diraja masa tu?pasukan infanteri singapura?infanteri british(kebanyakan bangsa Nepal)?pasukan khusus seperti new Zealand royal komando?40th royal  marine commando british? Australia special air service?pasukan khas boat british?dan bagaimana dengan pasukan nucleus pertama gerup gerak  khas milik ATM?
                  Apakah jumlah yang dibunuh itu merangkumi operasi dalam kawasan Malaysia dan operasi lintas batas itu?dan termasuk dengan operasi yang melibatkan gabungan anggota?.Walauapapun pandangan dan pendapat Indonesia tetap menerima kenyataan pahit apabila perang yang mereka rencanakan telah  meragut banyak korban nyawa di pihak mereka dan sehinggakini mereka mencari cari mana mana kubur jenazah anggota mereka yang dibunuh untuk bertujuan propaganda dan provokasi terhadap Malaysia,dan mereka hanya bangga  akan serangan keatas kalabakan yang meragut nyawa 8 anggota rejimen ke 3 RAMD seolah olah itu sahaja kejayaan mereka dan selebihnya berpihak kepada Malaysia dan komanwel.
                    Berbalik kepada persoalan  awal, apakah adanya operasi lintas batas?setakat ini semenjak 3 dekad  berlalu , pada 1996 australia mengakui bahawa mereka ada mlakukan operasi lintas batas ke kawasan Kalimantan barat Indonesia yang mengunakan kod “claret” serta melakukan serangan berantai iaitu fasa fasa “claret”,ini menguatkan dakwaan Indonesia pada mula konfrontasi bahawa terdapat kem kem TNI pada masa itu yang terletak di Kalimantan Indonesia di serang namun disangkal Malaysia.Walau begitu, apa yang didedahkan Australia jauh kecil maklumatnya,dan terdapat pendapat pihak Indonesia bahawa  adanya anggota ATM yang terlibat memendang beberapa perkara iaiatu:
           a)terdapatnya  anggota pasukan renjer diraja Malaysia dan PDRM yang merupakan pasukan Sarawak rangers yang bertugas sebagai peninjau dan pengesan dimana mereka  sinonim dengan pasukan khusus british dan Australia sewaktu itu.
          b)pada September 1965 telah lahirnya  kumpulam awal pasukan khas milik ATM dan sewaktu itu konfrontasi masih berlaku.
         Biar apapun yang dikatakan setakat ini hanya pandangan logical semata mata.OPerasi “claret” adalah dirancang oleh Mejar Jeneral Walter Walker yang bertujuan  untuk Indonesia merasakan apa  kepahitan yang mereka beri pada anggota Malaysia dan komanwel saat itu.Ditambah pula seorang menteri Malaysia pernah dengan lantang menggesa agar Indonesia dihapuskan dimana pulau jawa harus  dipadamdari peta dunia, dimana menteri itu merupakan pegawai berpangkat leftenan bagi pasukan sukarelawan “wataniah” iaiatu Ghazali Syafie atau dikenali sebagai “King” ghaz.Melihat keagresifan Indonesia   masa itu maka telah dicaturkan satu permainan perang iaiatu “claret” dibuat dimana data data iaiatu jumlah anggota terlibat, dan unit unit terlibat dirahsiakan.Setiap anggota yang cedera dibawa pulang dan anggota yang maut ditinggalkan(namun barangan pribadi termasuk nama , lambing unit, rantai tentera dan sebagainya dibawa balik demi menutup kerahsiaan operasi-jika ada peluang ada juga antara jenazah dibawa lari,namun jumlahnya kurang kerana factor ke ekstreman muka bumi dan masa yang suntuk mengakibatkan banyak yang dikebumikan di kawasam Kalimantan Indonesia),serangan dilakukan dengan senyap dan bertujuan memusnahkan kekuatan musuh pada kadar 50% jika diizinkan 100%.
        Antara fakta yang perlu diketahui adalah:-
        a)operasi sebegini selari dengan konsep penubuhan pasukan khusus dan elit yang bersifat sabotaj dan memiliki kerahsiaan tinggi.
        b)gerakan sebegini tidak menggunakan pasukan besar atau pasukan biasa kerana sewaktu itu tiada perang konvesional antara Malaysia(komanwel)dan Indonesia,hanya pertem puran kecil –oleh itu pengunaan pasukan infanteri pada kala besar atau sederhana tidak akan digunakan,tapi tak menolak kemungkinan penglibatan sekumpulan kecil  an ggota unit infanteri yang bertindak sebagai  kumpulam peninjau,risik,atau bantuan.
        Namun begitu disaat kini pasukan Australia mengatakan seramai 590 musuh berjaya dibunuh  dan pihak indonesia merahsiakan jumlah korban  dipihak mereka untuk  tujuan tertentu.Disini  dinyatakan akan  beberapa catatan dan serangan yang dilakukan ke atas kawasan Kalimantan Indonesia yang dilaporkan media masa,laman blog dan sebagainya dari pihak Indonesia(mereka mengakui  apa yang mereka dedahkan hanya sedikit dari apa yang berlaku sebenarnya) anataranya:-
       a)ogos 1964-6 anggota TNI dari battalion ke 518  telah maut apabila kem  mereka di Nantakor selatan  Pesiangan diserang.
       b)jan 1965- Kem yang menenmpatkan anggota battalion 428 yang terletak kira kira 5 km dari Biawak telah diserang   mengakibatkan puluhan nyawa Tni maut dan ramai cedera.
       c)November 1965- sebuah kem yang menempatkan battalion  Diponegoro, dimana lokasinya berhampiran sebuah  gunung  Tepoi(jarak 4 km dari Sarawak) telah diserang dimana 24 anggota battalion itu maut dan 12 cedera(jika ikut peta awam lokasi tersebut adalah Benkayang,Kalimantan indonesia).
       d)febuari 1966-,Sungai Koemba(kumba)37 TNI maut diserang.
         e)mac 1966-sebuah kem yang menenmpatkan  pasukan  Silingwangi TNI iaiatu 3 km dari Lundu Sarawaktelah dikepung,namun tiada hubungan persenjataan (serangan) dilaporkan.Dikatakan bahawa penyerang berkekuatan 10-15 anggota mungkin pasukan peninjau berjaya melepaskan diri dari pengejaran, dengan pantas dan tahu selok belok jalan mungkin mendapat bantuan masyarakat sempadan.satu satunya bukti yang didapat dari pasukan yang dikejar adalah parang masyarakat dayak  laut yang teratuh dari seorang anggota penyerang.
       Berikut adalah catatan yang ditulis oleh bekas perajurit Special Boat Service British,dimana 2 serangan ke dalam Kalimantan  Indonesia yang disertainya dalam kempen tersebut:-
      a)29 jan 1965- beliau dan  satu kompeni tentera  komanwel masuk ke dalan kawasan Kalimantan Indonesia iaitu Medan Long,iaitu sebuah lembah di kawasan Ba’Kelalan secara tak dirancang telah bertempur dengan pihak tNI yang lengkap dengan senjata Ak 47 ,launcer graned serta  meriam mortar,nengakibatkan pasukan  Indonesia hancur 50%-60% dan berundur.
       b)November 1965,berlaku serangan hendap keatas TNI oleh pasukan yang turut melibatkan dia dan seorang rakannya dari SBS,dan  18 anggota gabungan ANZAC  dimana kira kira 1 platon infanteri TNI yang berjalan di sebuah jalan bersebelahan sungai Separan  di kawasan Kalimantan  Indonesia 5 km dari sempadan ,mereka telah mendapat maklunat dari pasukan peninjau sempadan dan masyarakat sempadan.Pasukan kecil ini telah bersembunyi di  lereng kecil antara sungai dan jalan denai ,pada jam 1145hrs serangan dilakukan keatas satu platun TNI yang melalui jalan denai dimana berlaku pertempuran  sengit kerana adanya pasukan kedua berkekuatan 1 platun TNI baru tiba mengakibatkan  bantuan alteleri dari pasukan  komanwel di sempadan digunakan mengakibatkan musuh( TNI) lari,pasukan kecil ini berundur dengan menaiki rakit ke kawasan Sarawak untuk cepat sampai ke kawasan selamat.
           Walau apapun catatan  dari pihak pihak ini,adalahlah sedikit cerita yang didedahkan dan perlu dikaji lebih mendalam dan di dokumentasikan dan dipelihara bagi bukti peristiwa yang tak sepatutnya dimulakan oleh Indonesia keatas sebuah Negara yang mahu Negara sendiri diatas pungutan suara majority yang disaksikan masyarakat dunia .