Saturday 10 September 2011

Siapa nak bayar bil tertunggak?????




      Selepas isu kenyataan mat sabu dibincangkan maka banyaklah yang nak jadi pakar sejarah......aku pun pelik...pro atau kontra pasti akan saling berbidas......
     Selaku anak askar dan memiliki banyak saudara dalam tentera,aku terasa apabila perjuangan polis dan tentera nak di perlekehkan sehingga tiada harganya.......aku teringat semasa aku kecil ….dalam tahun 1989.waktu itu ayah aku bertugas di kem kuala lipis pahang.....walaupun masa itu ancaman senjata komunis kurang dihutan(masa ini komunis berubah ke taktik urban warfare),ayah aku tetap berasa terancam setiap kali keluar berpakaian awam......sehinggakan pada satu ketika ayah akau bercuti hujung minggu membawa aku.dan kaklong(kakak) pergi menjala ikan,ayah aku sentiasa berpesan “jika ada apa berlaku,kamu berdua lari atau bersembunyi....jangan bersuara atau jangan menangis....biarkan abah......”sehinggalah setiap saat aku lihat mata ayah aku sentiasa ligat memerhatikan keadaan keliling......
Bahkan impaknya amat teruk apabila bapa aku tak pernah nyenyak tidur semasa umurnya dalam perkhidmatan tentera..... dia mudah terjaga dari tidur apabila ada bunyi pergerakan tikus....dia bersara berkhidmat 21 tahun dan tetap prebet......aku bertanya...kenapa abah aku sanggup berkerja teruk,gaji tak seberapa....namun apabila dikaji sememangnya semangat cintakan negara amat tebal....taiada apa yang boleh dia lakukan kecuali sertai ATM untuk tunjukkan bahawa kecintaan pada negara.......dia bersara pada 1998 …..syukur apabila ayah aku, adiknya,abang ipar dan adik iparnya serta sepupu2nya yang dalam tentera(keluaraga tentera....hanya arwah atuk saja polis SC), semua selamat walaupun ada antaranya yang kerap masuk keluar hutan kejar atau dikejar komunis........alhamdullilah semua sempurna fizikal sewaktu pencen.....
        Aku nak tanya pada orang2 pro komunis.......buktikanlah kebaikan pkm itu....... apakah nak diagungkan setelah bunuh banyak anggota keselamatan dan hanya lepaskan seorang anggota keselamatan itu adalah baik?belas ihsan??
takcukup itu pada konfrantasi pkm minta bantu indonesia....itukah perjuangan?itukah wira?itukah anak jantan?dimana islamnya melayu pkm???hebatkah sejarah rashid maidin bila pukul pegawai british dalam penjara beruas atau berjaya lepaskan diri dari penjara itu?cukup islamkah rashid maidin apabila tuanya menjadi guru agama di perkampungan bekas komunis di sempadan negara? Islamkah samseah fakeh apabila tua itu bertudung? Kalau ya mereka islam maka tak salah kalau aku katakan mat black metal-trash-heavy metal kat malaysia masih islam!!
   Berapa ramai bekas2 komunis yang serah diri itu merempat apabila setelah kerajaan bagi tanah sedangkan ada perajurit (askar dan polis)negara ini yang memerangi komunis dihutan kini merempat!cacat!tertekan jiwa dan mental?malah dilupakan sama sekali!!bahkan bagaimana dengan ahli keluarga perajurit yang terkorban iai tu:-
a-bukit kepong&kawasan berdekatan
Anggota Polis
  1. Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
  2. Allahyarham Koperal Mohd Yassin Haji Wahab
  3. Allahyarham Lans Koperal Jidin Omar
  4. Allahyarham Konstabel Hassan Osman
  5. Allahyarham Konstabel Hamzah Ahmad
  6. Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan
  7. Allahyarham Konstabel Muhamad Jaafar
  8. Allahyarham Konstabel Marin Ibrahim Adam
  9. Allahyarham Konstabel Abu Mohd Ali
  10. Allahyarham Konstabel Abu Kadir Jusoh
  11. Allahyarham Konstabel Marin Awang Ali
  12. Allahyarham Konstabel Marin Basiron Adam
  13. Allahyarham Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
  14. Allahyarham Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
  1. AP Samad Yatim
  2. AP Mahmood Saat
  3. AP Ali Akop
  4. AP Othman Yahya

    Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kapung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
  1. AP Redzuan Alias
  2. Embong Lazim
  3. Koh Ah Cheng
    Mungkin ada cucucicit anak beranak komunis akan berkata”ah mereka berkerja bawah british “.......tapi jika benarpun bagaimana dengan awam yang bunuh seperti... Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud,Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali,Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali?? dosa dan salah si anak kecil?mana islamnya mat indera yang kononnya terpelajar degan ajaran agama?apakah Tentera Rasurullah S.A.W dalam perang badar pernah bunuh waniata dan kanak kanak?apakah ini cara ajaran islam??????? Selepas medeka.....sapa nak bayar nyawa perajurit negara yang terkorban dalam tragedi 26.4 1976 operasi “kota”di gubir kedah ?? iaitu :-1. Major Haris Rejab,
2. Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie,
3. Kapt (Udara) Choo Yeok Boo,
4. Kapt Sulaiman bin Abdullah,
5. Leftenan Ibrahim bin Zakaria,
6. Leftenan (Udara) Wan Munsiff Wan Salim,
7. Leftenan (Udara) Chung Ming Teck,
8. Sarjan (Udara) Leong Yee Heong,
9. Sarjan Khamis bin Dolmat,
10. Koporal Kamarulzaman Zakaria
11. L/Kpl Suandi bin Saim.

    Atau perajurit yang gugur di kalabakan.....iaitu:-
    1 Mejar Zainol Abidin 2. Las Koperal Abdullah 3. Prebet Abdul Aziz 4. Prebet Ismail 5. Prebet Mohamad Zain 6. Prebet Ismail 7. Prebet Yusof 8. Prebet Shamsuddin ?????????????? adakah mereka ini anak kucing?? jika diukur.......sapa nak bayar bil ini???yang pasti …..... perajurit inilah sebenarnya wira!!!!!bukanlah melayu atau cina PKM mahupun PKI!!!!!

No comments:

Post a Comment