Sunday, 9 October 2011

ops claret-Benarkah adanya operasi sulit di sebalik kofrontasi Malaysia?

sumber:internet     
sumber:internet,:majalah ketenteraan dan siasatan anggota kumpulan.
  
                             Dalam  artikel ini saya hendak  nengajak para pembaca membuka minda akan                                    soal sejarah yang                          dilipat dan telahpun menjadi buah mulut antara dua Negara dan dua pihak terlibat iaiatu Indonesia,Malaysia dan pakatan Negara komanwel.Jika sekali imbas dalam catatan wikipedia versi bahasa melayu, Indonesia dan  inggeris mencatatkan angka korban di pihak Indonesia dalam konfrontasi adalah sekitar dua ribu anggota pasukan khusus Indonesia iaiatu KOPPAsUS iaiatu pada masa itu dikenali sebagai resimen para komando angkatan darat.
                     Adalah menjadi misteri apakah jumlah itu termasuk dengan angka korban lintas batas yang dilakukan oleh pihak komanwel keatas Kalimantan Indonesia  yang mengunakan    kod CLARET? .Sedangkan didalam  kajian melalui catatan angkatan tentera Malaysia mengatakan jumlah korban yang berjaya dalam opersi dikawasan Malaysia yang melibatkan rejimen2 askar melayu diraja sewaktu konfrontasi adalah sekitar 2 ribu TNI berjaya dibunuh,bagaimana dengan rejimen pertama dan kedua renjer diraja masa tu?pasukan infanteri singapura?infanteri british(kebanyakan bangsa Nepal)?pasukan khusus seperti new Zealand royal komando?40th royal  marine commando british? Australia special air service?pasukan khas boat british?dan bagaimana dengan pasukan nucleus pertama gerup gerak  khas milik ATM?
                  Apakah jumlah yang dibunuh itu merangkumi operasi dalam kawasan Malaysia dan operasi lintas batas itu?dan termasuk dengan operasi yang melibatkan gabungan anggota?.Walauapapun pandangan dan pendapat Indonesia tetap menerima kenyataan pahit apabila perang yang mereka rencanakan telah  meragut banyak korban nyawa di pihak mereka dan sehinggakini mereka mencari cari mana mana kubur jenazah anggota mereka yang dibunuh untuk bertujuan propaganda dan provokasi terhadap Malaysia,dan mereka hanya bangga  akan serangan keatas kalabakan yang meragut nyawa 8 anggota rejimen ke 3 RAMD seolah olah itu sahaja kejayaan mereka dan selebihnya berpihak kepada Malaysia dan komanwel.
                    Berbalik kepada persoalan  awal, apakah adanya operasi lintas batas?setakat ini semenjak 3 dekad  berlalu , pada 1996 australia mengakui bahawa mereka ada mlakukan operasi lintas batas ke kawasan Kalimantan barat Indonesia yang mengunakan kod “claret” serta melakukan serangan berantai iaitu fasa fasa “claret”,ini menguatkan dakwaan Indonesia pada mula konfrontasi bahawa terdapat kem kem TNI pada masa itu yang terletak di Kalimantan Indonesia di serang namun disangkal Malaysia.Walau begitu, apa yang didedahkan Australia jauh kecil maklumatnya,dan terdapat pendapat pihak Indonesia bahawa  adanya anggota ATM yang terlibat memendang beberapa perkara iaiatu:
           a)terdapatnya  anggota pasukan renjer diraja Malaysia dan PDRM yang merupakan pasukan Sarawak rangers yang bertugas sebagai peninjau dan pengesan dimana mereka  sinonim dengan pasukan khusus british dan Australia sewaktu itu.
          b)pada September 1965 telah lahirnya  kumpulam awal pasukan khas milik ATM dan sewaktu itu konfrontasi masih berlaku.
         Biar apapun yang dikatakan setakat ini hanya pandangan logical semata mata.OPerasi “claret” adalah dirancang oleh Mejar Jeneral Walter Walker yang bertujuan  untuk Indonesia merasakan apa  kepahitan yang mereka beri pada anggota Malaysia dan komanwel saat itu.Ditambah pula seorang menteri Malaysia pernah dengan lantang menggesa agar Indonesia dihapuskan dimana pulau jawa harus  dipadamdari peta dunia, dimana menteri itu merupakan pegawai berpangkat leftenan bagi pasukan sukarelawan “wataniah” iaiatu Ghazali Syafie atau dikenali sebagai “King” ghaz.Melihat keagresifan Indonesia   masa itu maka telah dicaturkan satu permainan perang iaiatu “claret” dibuat dimana data data iaiatu jumlah anggota terlibat, dan unit unit terlibat dirahsiakan.Setiap anggota yang cedera dibawa pulang dan anggota yang maut ditinggalkan(namun barangan pribadi termasuk nama , lambing unit, rantai tentera dan sebagainya dibawa balik demi menutup kerahsiaan operasi-jika ada peluang ada juga antara jenazah dibawa lari,namun jumlahnya kurang kerana factor ke ekstreman muka bumi dan masa yang suntuk mengakibatkan banyak yang dikebumikan di kawasam Kalimantan Indonesia),serangan dilakukan dengan senyap dan bertujuan memusnahkan kekuatan musuh pada kadar 50% jika diizinkan 100%.
        Antara fakta yang perlu diketahui adalah:-
        a)operasi sebegini selari dengan konsep penubuhan pasukan khusus dan elit yang bersifat sabotaj dan memiliki kerahsiaan tinggi.
        b)gerakan sebegini tidak menggunakan pasukan besar atau pasukan biasa kerana sewaktu itu tiada perang konvesional antara Malaysia(komanwel)dan Indonesia,hanya pertem puran kecil –oleh itu pengunaan pasukan infanteri pada kala besar atau sederhana tidak akan digunakan,tapi tak menolak kemungkinan penglibatan sekumpulan kecil  an ggota unit infanteri yang bertindak sebagai  kumpulam peninjau,risik,atau bantuan.
        Namun begitu disaat kini pasukan Australia mengatakan seramai 590 musuh berjaya dibunuh  dan pihak indonesia merahsiakan jumlah korban  dipihak mereka untuk  tujuan tertentu.Disini  dinyatakan akan  beberapa catatan dan serangan yang dilakukan ke atas kawasan Kalimantan Indonesia yang dilaporkan media masa,laman blog dan sebagainya dari pihak Indonesia(mereka mengakui  apa yang mereka dedahkan hanya sedikit dari apa yang berlaku sebenarnya) anataranya:-
       a)ogos 1964-6 anggota TNI dari battalion ke 518  telah maut apabila kem  mereka di Nantakor selatan  Pesiangan diserang.
       b)jan 1965- Kem yang menenmpatkan anggota battalion 428 yang terletak kira kira 5 km dari Biawak telah diserang   mengakibatkan puluhan nyawa Tni maut dan ramai cedera.
       c)November 1965- sebuah kem yang menempatkan battalion  Diponegoro, dimana lokasinya berhampiran sebuah  gunung  Tepoi(jarak 4 km dari Sarawak) telah diserang dimana 24 anggota battalion itu maut dan 12 cedera(jika ikut peta awam lokasi tersebut adalah Benkayang,Kalimantan indonesia).
       d)febuari 1966-,Sungai Koemba(kumba)37 TNI maut diserang.
         e)mac 1966-sebuah kem yang menenmpatkan  pasukan  Silingwangi TNI iaiatu 3 km dari Lundu Sarawaktelah dikepung,namun tiada hubungan persenjataan (serangan) dilaporkan.Dikatakan bahawa penyerang berkekuatan 10-15 anggota mungkin pasukan peninjau berjaya melepaskan diri dari pengejaran, dengan pantas dan tahu selok belok jalan mungkin mendapat bantuan masyarakat sempadan.satu satunya bukti yang didapat dari pasukan yang dikejar adalah parang masyarakat dayak  laut yang teratuh dari seorang anggota penyerang.
       Berikut adalah catatan yang ditulis oleh bekas perajurit Special Boat Service British,dimana 2 serangan ke dalam Kalimantan  Indonesia yang disertainya dalam kempen tersebut:-
      a)29 jan 1965- beliau dan  satu kompeni tentera  komanwel masuk ke dalan kawasan Kalimantan Indonesia iaitu Medan Long,iaitu sebuah lembah di kawasan Ba’Kelalan secara tak dirancang telah bertempur dengan pihak tNI yang lengkap dengan senjata Ak 47 ,launcer graned serta  meriam mortar,nengakibatkan pasukan  Indonesia hancur 50%-60% dan berundur.
       b)November 1965,berlaku serangan hendap keatas TNI oleh pasukan yang turut melibatkan dia dan seorang rakannya dari SBS,dan  18 anggota gabungan ANZAC  dimana kira kira 1 platon infanteri TNI yang berjalan di sebuah jalan bersebelahan sungai Separan  di kawasan Kalimantan  Indonesia 5 km dari sempadan ,mereka telah mendapat maklunat dari pasukan peninjau sempadan dan masyarakat sempadan.Pasukan kecil ini telah bersembunyi di  lereng kecil antara sungai dan jalan denai ,pada jam 1145hrs serangan dilakukan keatas satu platun TNI yang melalui jalan denai dimana berlaku pertempuran  sengit kerana adanya pasukan kedua berkekuatan 1 platun TNI baru tiba mengakibatkan  bantuan alteleri dari pasukan  komanwel di sempadan digunakan mengakibatkan musuh( TNI) lari,pasukan kecil ini berundur dengan menaiki rakit ke kawasan Sarawak untuk cepat sampai ke kawasan selamat.
           Walau apapun catatan  dari pihak pihak ini,adalahlah sedikit cerita yang didedahkan dan perlu dikaji lebih mendalam dan di dokumentasikan dan dipelihara bagi bukti peristiwa yang tak sepatutnya dimulakan oleh Indonesia keatas sebuah Negara yang mahu Negara sendiri diatas pungutan suara majority yang disaksikan masyarakat dunia .

No comments:

Post a Comment